Bom tangan jenis-jenis lain Bom_tangan

Bom tangan serpihan

Bom tangan serpihan adalah peranti (antipersonnel) yang direka untuk menyebarkan serpihan ke semua arah. Badannya diperbuat daripada plastik keras atau besi, dan flechette atau wayar terpotong dibekalkan sebagai serpihan (antipersonnel). Juga isi kandungan mempunyai bebola logam bagi menembusi sasaran. Apabila perkataan bom tangan digunakan tanpa sebarang penerangan, dan konteks tidak menunjukkan sebaliknya, ia biasanya merujuk kepada bom tangan jenis ini.) Maklumat lanjut mengenai bom tangan "serpihan" di atas.

Bom asap

Bom asap

Bom asap merupakan jenis bom tangan bentuk tin yang digunakan sebagai peranti isyarat darat ke darat atau darat ke udara, peranti penanda zon sasaran atau pendaratan, atau peranti tabir bagi pergerakan tentera. Bekas bom asap biasanya terdiri daripada silinder kepingan logam dengan liang bukaan di bahagian atas dan bawah bagi membebaskan asap apabila diaktifkan. Pengisinya biasanya terdiri daripada 250 hingga 350 gram campuran asap pewarna (merah, hijau, kuning, atau ungu) (kebanyakannya kalium klorat, laktosa dan pewarna). Jenis bom tangan asap lain, adalah jenis meletup. Ia mengandungi fosforus putih (WP) yang tersebar melalui letupan. Fosforus ini terbakar apabila didedahkan kepada udara dan menyala dengan nyalaan berwarna kuning terang, sambil menghasilkan asap putih yang banyak (fosforus pentoksida). Ia juga berfungsi sebagai bom pembakar ( incendiary grenades (q.v.) ).

Kawalan rusuhan

Bom gas CS

Bom gas digunakan untuk membubarkan kumpulan orang ramai. Yang paling dikenali adalah bom pemedih mata (bom tangan gas CS). Bom tangan ini menyerupai bom asap dari segi bentuk dan cara digunakan. Walaupun dengan gas pemedih mata, pengisinya terdiri daripada 80 hingga 120 gram CS (Chlorobenzol malononitrile). Bahan kimia beracun toksid ini (apabila bersentuhan dengan muka) menyebabkan rasa terbakar yang teruk pada mata dan pada kerongkong apabila dihidu. Sekiranya seseorang itu kekal terdedah kepada gas ini untuk tempoh panjang (melebihi 10 minit) ia mampu menyebabkan lepuh pada kulit dan kecederaan kekal pada paru-paru (sebagai contoh barah paru-paru). Bagi mereka yang lemah dan berumur, gas CS mampu menyebabkan kematian.

Bom pembakar

Bom pembakar (Incendiary)

Bom tangan jenis ini menghasilkan haba melampau melalui reaksi kimia. Bentuknya hampir serupa seperti bom tangan asap dan gas. Pengisinya terdiri daripada 600 hingga 800 gram thermate (TH3), yang merupakan versi thermite diperbarui, bahan pembakar yang digunakan dalam bom tangan semasa Perang Dunia II. Sebahagian daripada campuran thermate bertumar menjadi besi cair, yang terbakar pada suhu 2204 darjah Celsius (4000 darjah Fahrenheit). Ia menjadi sebati dengan bahagian logam yang bersentuhan dengannya. Pengisi thermate bagi bom tangan AN-M14 terbakar selama 40 saat dan mampu membakar menembusi 1/2-inci kepingan keluli homogeneous. Ia membekalkan oksigennya sendiri dan mampu terbakar di bawah air. Fosforus putih juga digunakan sebagai pengisi bom tangan pembakar, yang membakar pada suhu 2760 darjah Celsius (5000 darjah Fahrenheit).

Pembakaran thermate dan phosphorus adalah paling teruk dan menyakitkan kerana thermate dan phosphorus terbakar pada kadar pantas dan suhu yang membolehkan satu partikel kimia tersebut membakar menembusi hampir kesemua (kulit, saraf, otot dan juga tulang, walaupun di tempat di mana tidak terdapat oksigen. Selain itu, phosphorus putih amat beracun. Dos 50-100 milligram mampu membawa kematian.

Bom tangan gegaran

Flashbang

Bom tangan gegaran (Concussion), juga dikenali sebagai grenad stun atau flashbangs, pada asalnya direka bagi Special Air Service (Pasukan Udara Khas) British. Bom tangan gegaran digunakan untuk menggegar, mengeliru, mengharu-biru, atau mengganggu potensi ancaman seketika selama lima sehingga enam saat. Yang paling dikenali adalah Bom Gegaran (Stun Grenade) XM84 , biasanya dikenali sebagai "Flashbang", dipanggil sedemikian kerana ia menghasilkan kilauan membutakan (1 juta kilauan Candela) dan letupan (170-180 Desibel). Bom tangan ini mampu melumpuhkan mangsa tanpa menyebabkan kecederaan kekal.

Apabila meletup, fius/bom tangan tersebut kekal tanpa menghasilkan sebarang serpihan. Ia berbentuk tiub heksagon besi dengan liang di sisi yang membenarkan letupan cahaya dan bunyi dikeluarkan. Pengisinya terdiri daripada 4,5 gram piroteknik campuran oksida logam magnesium & ammonium perklorat.